Blogger Layouts


Tuesday, November 15, 2011

Bab 4




Bab 4

KRING !!

Loceng tamat waktu sekolah telah berbunyi, menandakan kemerdekaan para pelajar SMK Sri Damansara pada hari itu. Semua kelas bersorak riang kecuali kelas Tingkatan Lima yang masih mempunyai kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan menjelma.

Para pelajar kelas Tingkatan 4 Gemilang mulai huru-hara dengan jerit pekik murid-murid nakal termasuklah Farid. Dia sekejap-sekejap memandang Anastasia dan Amanda yang sedang leka menyusun peralatan menulis mereka.

Dia perasan akan ekor mata Amanda yang sesekali mengerling ke arah Amir. Sudah beberapa kali Farid menangkap mata Amanda yang sering merenung Amir. Hmm. Menarik ni. Fikirnya lagi. Amir yang langsung tidak perasan akan hal itu tiba-tiba menepuk bahunya. “Farid Faridah !”

Farid terkejut mendengar sergahan itu. Dia memuncung memandang Amir yang tersengih-sengih. “Aku tak perlukan nama nombor dua ye, Amir ? Kau ada kertas kosong ?” Farid bersuara pula.

Amir segera mengeluarkan sehelai kertas kosong dari dalam beg. Farid mencapai kertas yang dihulurkan oleh Amir kemudian menulis sesuatu. Amir mengambil kesempatan itu mencuri-curi memandang Amanda dan Anastasia yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing.

Amanda kelihatan luarbiasa cantik hari ini. Atau dirinya saja yang menganggap begitu ? Amir melepaskan nafas panjang, menyedari kemungkinan untuk Amanda menyukainya sangat kecil. Lebih kecil dari jarum saat pada jam tangannya.

Farid melipat kertas yang telah bertulis itu menjadi roket. “Ann !” teriaknya tiba-tiba. Anastasia menoleh ke arah Farid. Lalu, roket tersebut dibaling ke arah Anastasia seperti selalu. Namun roket kali ini berbeza sedikit dari roket yang biasa diberi kepada gadis itu.

Roket tersebut tepat mengenai kepala Anastasia kali ini. Farid dan Amir tersengih-sengih memandang wajah gadis itu menahan geram. “Farid ! You ni suka tau cari pasal dengan I !” bebel Anastasia.

Amanda menahan senyum melihat Anastasia yang berpura-pura geram. Padahal dia tahu, Anastasia sedang berkonsert bunga di dalam hati pabila diusik jejaka idaman.

Farid menyandang beg sekolahnya. Dia dan Amir sudah mula melangkah untuk pulang. Mereka berhenti seketika di hadapan kedua gadis manis itu.

Amanda yang berdiri berhadapan Amir lekas menundukkan pandangan, enggan memandang Amir. Amanda pura-pura mengemas buku tanpa menyedari Amir sedang memerhati dirinya yang kelihatan kelam kabut tatkala mereka tiba. Farid tidak menghiraukan hal itu. Dia hanya memandang Anastasia.

Farid melemparkan senyuman manis kepada gadis berambut lurus itu. Anastasia masih berdiam diri. “Bye, Ann.” Ucapnya. Farid segera berlalu. Amir hanya membontoti dari belakang. Dia sendiri tidak mahu berlama di situ, berdiri di hadapan Amanda dan berpura mereka tidak mengenali.

Anastasia terpaku melihat mereka pergi. Dia dan Amanda berpandangan. “You kenapa ni?” soal Amanda kehairanan. Anastasia sudah merasa sesuatu yang tidak kena pada nada suara Farid tadi. Dia menghela nafas panjang sebelum mengutip roket Farid sebentar tadi.

Anastasia menguraikan roket buatan kertas itu dengan hati-hati. Matanya dikerdip beberapa kali. Terdapat tulisan pada kertas itu. Tertera sesuatu yang mengusik hatinya.


I’m scared to fall in love. Scared to fall fast.
Because everytime I fall in love, it never seems to last.
                                                                                 
012-xxxxxxx
Farid.


Anastasia terpana lagi. Dia memandang Amanda lagi. Amanda yang masih tidak tahu apa-apa segera mengambil kertas itu dari tangan Anastasia. Tatkala membaca sepotong ayat itu membuatkan Amanda tersenyum meleret memandang Anastasia.

“Ann, this is so sweet of him. Congrats !”

Anastasia masih mendiamkan diri. Seolah masih ada yang dia tidak ketahui. Lantas dia mengeluarkan berpuluh roket kertas dari bawah mejanya. Amanda yang melihat perlakuan Anastasia hanya mampu ternganga.

“Ann, you simpan lagi semua roket yang Farid baling tiap hari ?” soalnya tidak percaya. Anastasia menunduk malu. “I did..” suaranya perlahan.

Anastasia menarik nafas lagi, seakan ada sesuatu yang akan berlaku. Dia mengurai lagi lipatan roket kertas yang berada di pangkuannya. Air matanya terasa ingin menitis. Ternyata Farid sudah lama meluahkan perasaan. Malah, setiap hari. Melalui roket kertas yang diberi kepada Anastasia.

There are times when I fall in love with someone new.
But I always seem to find myself back in love with you.

I MISS YOU. 012-xxxxxxx
Farid.

Salah satunya berbunyi begini :

Ann, I tahu you tak buka pun roket I bagi tiap hari. But it’s okey. I akan tunggu sampai tiba detik itu. Farid.

Anastasia  terharu. Hatinya terusik dengan gelagat Farid yang sukar diduga itu. Farid benar-benar memberi kejutan kepadanya. Perlahan-lahan senyuman mekar di wajahnya.

 “No more waiting, dear..” bisiknya perlahan.


Amanda leka menikmati pemandangan indah matahari terbenam di tepi pantai dengan senang hati. Dia tersenyum seorang mensyukuri keajaiban ciptaan Tuhan.  Amanda memerhati air laut yang berombak itu. Bunyian ombak yang memukul pantai seakan musik yang menenangkan hatinya tatkala itu.

Amanda merebahkan tubuh di atas pasir halus itu. Ahh. Tenang rasanya kalau begini tiap hari. Dia memejamkan mata, kusyuk menikmati udara segar yang menampar wajahnya.

“Amanda..” Amanda tersentak mendengar suatu suara garau yang menyebut namanya. Dia membuka kelopak mata. Terpandang olehnya, wajah Amir yang sedang tersenyum di sisi. Amanda segera duduk, segan dilihat berbaring seperti itu di tepi pantai. Angin pantai meniup lembut rambutnya .

Wajah Amanda merah menahan malu. Dia menunduk. Amir masih meleret senyumannya sambil merenung Amanda. Amanda mengangkat semula mukanya, memandang Amir pula.

“You kenapa ada kat sini ?” soalnya kehairanan. Dia merenung anak mata Amir yang masih setia memerhati. Amir tersenyum manis lagi. Amanda berkerut kehairanan. Dia menanti jawapan Amir.

“I akan berada di mana sahaja you berada, Amanda.” Balas Amir lembut. Dia masih merenung Amanda dengan pandangan yang menikam kalbu. Amanda terdiam. Dia hanya memerhati tatkala tiba-tiba tangan Amir menyentuh tangannya.

 Amir menggenggam erat tangan Amanda. Perlahan-lahan tangan Amanda dikucupnya. Amanda terkedu menyaksikan kelakuan Amir. Amir melemparkan senyum menawan lagi.

“I love you, Amanda.” Amanda terkejut mendengar kata-kata Amir lalu menolak Amir. Matanya terpejam dan apabila dia sedar, Amanda sedang berada di atas katil bersaiz queen miliknya.

Amanda menghela nafas lega setelah kembali ke alam nyata. Dia bingkas duduk. Situasi di dalam biliknya masih sama. Tiada pantai, tiada bunyi air laut yang menderu. Dan paling penting, tiada kehadiran Amir di sisi. Amanda menggumam mengingatkan mimpinya sebentar tadi.

Amir muncul tiba-tiba dalam mimpinya. Apakah petanda itu ? Amanda sakit kepala memikirkan hal itu. Namun hatinya sedikit terusik mengenangkan saat Amir mengucup tangannya, menggenggam tangannya dengan kejab seakan tidak mahu dilepaskan. Amanda terasa jantungnya berdegup kencang. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Padahal itu semua sekadar mimpi.

Amanda menggeleng-geleng pantas. Dia enggan mengingatkan mimpi itu lagi. Jam loceng di tepi katil direnungnya, menunjukkan tepat jam 7.00 pagi. Amanda mengesat-ngesat mata. Dia bingkas duduk, tidak dapat meneruskan tidur yang tergendala sebentar tadi. Semua gara-gara jejaka bernama Amir itu. Amanda mencapai sikat di tepi katil lalu menyikat rapi rambutnya.

“Sayang ?” kedengaran suara Datin Mona dari luar pintu bilik.

“Yes, mom.” jawab Amanda malas. Dia menguap seraya menutup mulut yang ternganga luas-seluasnya.

“Siap-siap, sayang. Mama nak bawa Sya keluar. Tan Sri Emran ajak kita satu family pergi joging.” Datin Mona berkata lagi. Amanda mengeluh. Malasnya !

“Anak Tan Sri ada juga ke, mama ?” soal Amanda terlebih dahulu sebelum menyatakan persetujuan. Kalau boleh, tak nak jumpa Amir ! Ya Allah ya Tuhanku, perkenankanlah permintaan hambaMu ini.

“Tak ada, Sya. Don't worry. Sya pergi mandi dulu. Mama dan papa tunggu di bawah.” Datin Mona tertawa kecil mendengar pertanyaan Amanda itu.


“Hmm.. okey mama ku yang comel. Hihi.” Amanda tersenyum lega. Datin Mona segera berlalu untuk memberi ruang kepada anak daranya. Amanda memandang pintu biliknya yang tertutup. Mimpi malam tadi kembali menerjah minda kosong Amanda.

Amanda teringat-ingat wajah mulus Amir dalam mimpi itu. Saat anak mata Amir yang kecoklatan itu merenung tepat ke anak matanya, saat bibir merah Amir mengukir senyum yang bisa menawan jiwa kewanitaannya, saat tangan kasar itu menggenggam erat tangan kecil Amanda, saat bau haruman Giorgio Armani milik Amir menusuk ke hidungnya, membangkitkan suatu perasaan dalam diri gadis itu…

“ISH !!”


2 comments: