Blogger Layouts


Monday, October 31, 2011

Bab 3





Bab 3

Amir berjalan seorang diri menaiki tangga untuk ke kelasnya Tingkatan 4 Gemilang yang terletak di tingkat 3. Dia mengeluh di dalam hati kerana keletihan mendaki tangga yang curam itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala terdengar satu suara yang amat dia kenali. 

“Maaf. Saya tak minat awak.” Amir meninjau dari tangga bawah. Ternampak olehnya Amanda sedang berdiri di hadapan seorang lelaki. Lelaki tersebut merupakan senior mereka dalam Tingkatan 5.

Amir menyorok sedikit supaya tidak dilihat mereka berdua. Dia mendiamkan diri dan memasang telinga. 

“Saya sukakan awak, Amanda. Tak boleh ke kalau kita cuba berkenalan dulu?” rayu lelaki itu. Amir mengintai tag nama lelaki itu. Tertera namanya, Aiman. Amanda langsung tidak memandang wajah Aiman yang meminta simpati. Dia berpeluk tubuh merenung dinding.

“ Kalau dah tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Bye.” Amanda sudah malas melayan kerenah Aiman. Dia mulai mengatur langkah untuk menuruni tangga. Aiman segera menarik tangan Amanda. Hati Amir memberontak marah melihat kelakuan Aiman yang tidak sopan terhadap Amanda.

Amanda segera menepis tangan Aiman. Dirasakannya lelaki itu sudah keterlaluan. “Jangan pegang aku. Get lost !” Amanda bersuara kasar seraya merenung mata Aiman, penuh benci. Aiman terkesima mendengar kata ancaman daripada Amanda. Dia perlahan-lahan melepaskan lengan Amanda. Amanda lekas-lekas berlalu meninggalkan Aiman.

Amir terkejut apabila menyedari Amanda sudah bergerak ke tempat dia bersembunyi. Amir ingin berpatah balik tatkala suara Amanda memanggilnya tiba-tiba.

“Apa you buat kat sini?” soal Amanda setelah melihat kelibat Amir. Amir memikir alas an yang sesuai diberi, namun hampa. Dia menoleh memandang wajah Amanda. “I baru lalu. Kenapa?” balas Amir dalam nada rendah.

Amanda menghampiri Amir. Amir diam. “I ingat you nak lari tadi. I tahu you ada tadi.” Ujar Amanda pula. Dia merenung tepat ke muka Amir. Amir memandang tempat lain.

“So kalau I ada tadi pun kenapa?” bidas Amir. Amanda menggeleng-geleng. Dia ingin meninggalkan Amir tatkala tiba-tiba suara Amir kedengaran lagi.

“You tahu tak..you ni taklah cantik mana pun. Cantik lagi selipar Google Chrome yang I baru beli minggu lepas. Dekat Parkson. You nak sepasang?” tukas Amir bercampur perli. Amanda menoleh memandang Amir dengan wajah kelat.

“Do I care? Apa kaitan muka I dengan you pula?” soalnya tidak puas hati. Seolah-olah Amir telah memperkatakan sesuatu yang tidak baik, seakan menyamakan dia dengan selipar walhal wajahnya umpama kasut kaca Cinderella. Mahal dan berkilat !

Amir tertawa sinis, gembira membuat gadis itu marah. “You ni memang tak ada perasaan dari dulu kan?” Amanda menoleh ke tempat lain, malas melayan Amir.

Amir mengambil kesempatan itu merenung wajah Amanda yang masam mencuka mendengar kata-katanya sebentar tadi. Wajah yang amat dirinduinya sejak beberapa tahun lalu. Ringan sahaja tangannya ingin mengusap pipi gebu Amanda, memintal dan membelai rambut panjang gadis itu yang beralun lembut ditiup angin.

Namun kesedaran reality menghalang dirinya. Amanda memandang semula ke arah Amir. Dia masih berdiam.

 “Apa maksud you ‘dari dulu’?” soal Amanda lagi. Wajahnya berkerut. Amir menutup mulutnya perlahan.

“Nothing. Okey lah, I nak pergi dulu.” Amir segera mematikan perbualan, enggan melayan perasaan yang mulai menggamit kembali. Amanda kaku melihat Amir bergerak pergi. Dia ingin mengatakan sesuatu namun lidahnya kelu.


Amanda menghempas buku ke atas mejanya. Anastasia yang duduk di sebelah tersentak. Dia memandang Amanda yang masam mencuka. Amanda melabuhkan punggung dengan kasar. Amir yang duduk berdekatan langsung tidak menghiraukan Amanda.

Amanda mengerling Amir di tepinya. Amir sedang seronok berbual dengan Farid walhal baru sebentar tadi mereka hampir bertengkar. Hati Amanda semakin bengkak. Dia memandang Anastasia yang kelihatan pelik. “What’s wrong?” soalnya.

Amanda menghela nafas perlahan-lahan. Dia memejam mata seketika. “Ann, I hate the new guy.” Balasnya dalam nada geram. Matanya dibuka kembali, merenung wajah Anastasia yang masih kelihatan pelik mendengar jawapan Amanda.

“Siapa? Amir?” soal Anastasia seakan bingung. “Yes. Siapa lagi pelajar baru dalam kelas kita ni?” perli Amanda.

Anastasia tambah bingung. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. “Amir baik je I tengok. Dia buat apa kat you?” Tanya Anastasia yang masih tidak memahami. Amanda mendiamkan diri. Dia enggan bercerita lagi. Amanda memandang ke depan kelas.

Anastasia merenung Amanda yang senyap dari tadi. “Are you okey, Amanda?”

Amanda cuba mengukir senyum. Namun hampa. “Okey..” Amanda memberi jawapan yang dia sendiri tidak pasti. Anastasia menghela nafas lega. “You ni suka betul buat I risau kan? Kalau tak ada apa-apa, jangan buat I panic macam tadi.” Anastasia berkata pula.

Amanda tersenyum nipis. “Sorry lah, dear. I fikir banyak tadi.”

“Ann !” panggil satu suara. Amanda dan Anastasia mencari empunya suara yang memanggil tadi. Farid dan Amir tersengih-sengih seraya melambai ke arah mereka. Anastasia menggeleng-geleng.

“Perlu ke you terjerit-jerit nama I, Farid? Tempat kita bukan jauh ke hujung dunia pun.” Ngomel Anastasia. Hatinya sedikit geli hati melihat kelakuan Farid yang tak ubah seperti budak kecil.

“I memang suka jerit nama perempuan kesukaan I ni. Hehe.” Usik Farid tiba-tiba. Wajah Anastasia berubah merah. Dia sedaya upaya menahan perasaan malu tatkala mendengar kata-kata Farid. Meskipun dia sedar Farid sekadar bergurau, namun Anastasia tidak dapat menafikan dia memang suka diusik lelaki itu.

“You ni kalau sehari tak kacau I memang tak sah kan? Girlfriend you marah nanti, baru padan muka you.” Anastasia pura-pura marah. Amanda menjeling Amir dan Farid yang tertawa mendengar jawapan Anastasia. Dia masih sakit hati dengan kata-kata Amir.

“Apa ada hal? You boleh jadi girlfriend baru I, sudikah anda Cik Anastasia?” gurau Farid lagi sambil menghulurkan pensel yang dianggapnya bunga untuk diberi kepada Anastasia. Amanda mulai tersenyum geli hati.

Anastasia tambah malu. Dia tertawa geli hati. Amir berkata sesuatu kepada Farid namun tidak dapat didengari Amanda dan Anastasia.

KRING !!!

Loceng tamat waktu sekolah sudah berbunyi. Para pelajar mulai hingar-bingar mengemas beg masing-masing. Tidak terkecuali juga Amanda dan Anastasia. Mereka berdua turut sibuk menyimpan buku ke dalam beg. Tiba-tiba muncul entah dari mana roket buatan kertas terbang kepada Anastasia. Anastasia tersentak lantas menoleh ke arah orang yang membaling roket itu. Dia berura-ura hendak marah apabila terpandangkan Farid yang sedang tersengih-sengih memandangnya.

Farid melambaikan tangan lagi dan berjalan pergi bersama Amir. Amir hanya tersenyum manis merenung Anastasia yang sedang kebingungan. Amanda merenung Amir dengan geram. Ingin sahaja dia menarik cuping telinga Amir. Biar jadi lebar dan besar seperti piring Astro di villa Amanda.

“Tiap hari Farid ni baling roket.. Tak bosan ke dia?” bebel Anastasia. Dia menggeleng-geleng mengingatkan kelakuan Farid yang akan membaling roket buatan kertas setiap kali tiba waktu pulang sekolah. Amanda tersenyum memandang Anastasia.

“You pun macamlah tak suka kan.. Ann, kalau suka cakap suka.” Usik Amanda pula. Anastasia tersengih-sengih. “Diam lah you ni. Nanti ada orang lain dengar macam mana? Malulah I nanti.” Anastasia berpura-pura marah.

Amanda tertawa kecil. “Apa-apalah you ni. Jom pergi.”


“Sya ! Mari turun kejap. Papa ada benda nak beritahu.” Teriak Dato’ Abdullah. Beliau sedang duduk beristirehat bersama Datin Mona di ruang tamu. Tidak lama kemudian, Amanda turun bersama bantal peluknya. Dia mengambil tempat di hadapan Datin Mona.

“Apa dia, papa?” Tanya Amanda. Dato’ Abdullah dan Datin Mona berpandangan sambil tersenyum-senyum. Mereka memandang semula wajah Amanda yang kebingungan.

“Tan Sri Emran dan anak lelakinya akan datang malam ini. Nanti kita akan dinner sama-sama. Sya berbaiklah dengan anak lelaki Tan Sri nanti. Tak elok kalau Sya layan ayahnya saja nanti.” Beritahu Dato’  Abdullah. Datin Mona mengangguk-angguk.

“Mama sudah jumpa anak lelaki Tan Sri minggu lalu semasa mama dinner di Putrajaya. Tan Sri bawa anaknya sekali. Baik budaknya.” Cerita Datin Mona lagi. Amanda sudah berasa tidak sedap hati mendengar semua khabar itu.

“Sya.. malas lah, mama papa. Sya penat.” Amanda cuba memberi alasan. Dia membuat muka sedih di hadapan mama papanya.

“Tak baik layan tetamu macam tu, Sya. Tetamu datang kenalah hormat.” Pujuk Datin Mona. Beliau menghampiri Amanda yang sudah monyok disamping bantal peluk tersayang. Rambut Amanda diusapnya penuh kasih sayang.

“Betul kata mama tu, Sya. Papa nak Sya bagi kerjasama. Jangan bagi macam-macam alas an, okey?” tambah Dato’ Abdullah pula. Beliau sudah berdiri.

“Sya pergi bersiap dulu. Pakai kemas-kemas ya sayang. Mama nak pergi ke dapur dulu.” Datin Mona bersuara lembut memujuk Amanda lagi. Amanda mengangguk lemah mendengar arahan Datin Mona. Dato’ Abdullah sudah ke beranda rumah, menanti kedatangan Tan Sri Emran barangkali.

Amanda bingkas kembali ke bilik tidurnya. Pintu bilik dikunci rapat. Dia menarik nafas panjang. Amanda sudah lali dengan pertemuan seperti ini. Sudah beberapa kali dia diatur untuk bertemu beberapa jejaka yang dipilih mama papanya. Sepatutnya Amanda sudah biasa. Namun entah kenapa malam ini hatinya berasa gementar.

Amanda segera mencuci mukanya. Kemudian dia menyapu sedikit bedak dan pelembab bibir. Amanda menukar pakaian tidurnya kepada pakaian yang lebih sopan. Rambut panjangnya disisir rapi. Setelah bersedia, Amanda segera turun bertemu Dato’ Abdullah dan Datin Mona di luar rumah bagi menyambut kedatangan tetamu.

“Manis pun anak mama ni.” Sambut Datin Mona sambil tersenyum melihat Amanda yang baru turun. Amanda masih masam mencuka. Dia berdiri di sebelah Datin Mona.

“Itu pun mereka dah datang. Sya, Sya tak nak kan kalau tetamu tu lari tengok muka Sya yang masam ni? Smile, dear.” Dato’ Abdullah bersuara tiba-tiba. Amanda tersenyum mendengar gurauan ayahnya. Dia menoleh ke arah kereta Mercedez yang baru diparkir ke dalam garaj villa.

Tan Sri Emran muncul dulu dari dalam perut kereta. Amanda mencium tangan lelaki itu. “Apa khabar, uncle?” tegur Amanda mesra. Tan Sri Emran tersenyum memandang Amanda serta kedua ibu bapanya.

“Baik-baik. Manis Sya malam ni. Barulah Uncle Emran berkenan. Hehe.” Seloroh Tan Sri Emran. Dato’ Abdullah serta Datin Mona tertawa. Amanda mulai ingin menarik muka tatkala terpandangkan seorang pemuda yang baru keluar dari dalam kereta. Matanya membulat dua kali ganda lebih besar dari saiz asal matanya.

“You !? Si bongok pagi tadi !” luncur sahaja ayat tersebut keluar dari mulut Amanda. Lama dia menganga seraya memandang Amir yang berdiri di hadapannya kini. Apabila sedar, Amanda pantas menekup mulut. Dia menoleh memandang Tan Sri Emran, bimbang lelaki itu terasa mendengar kata-kata kesat mengenai anaknya.

Uncle, ini ke anak lelaki uncle?” soal Amanda inginkan kepastian. ‘Kalau bukan, aku nak ajar mamat ni cukup-cukup.’ Sambungnya lagi di dalam hati. Tan Sri Emran memandang wajah Amir dan Amanda silih berganti. Dia mengukir senyum lagi.

“Yes, dear. This is my son, Muhd Amir. Dia satu sekolah dengan Sya. Sya tak kenal?” balas Tan Sri Emran bersahaja meskipun dia sudah tahu yang mereka berdua merupakan rakan sekelas. Amanda menelan air liur, tergamam mendengar kenyataan itu.

‘OMG ! Oh my Gucci ! I can’t breath here. God..’ Amanda terasa ingin pengsan. Amir menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Amanda. Amanda tersedar semula. Dia memandang tangan Amir dengan perasaan jijik. Namun dia sambut jua tangan Amir demi untuk menjaga hati Tan Sri Emran yang masih di sebelah Amir.

“Hai, Sya.” Sapa Amir seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Amanda. Amanda terpaku seketika, baru menyedari keindahan yang terpancar dari wajah lelaki di hadapannya itu. Selama ini dia tidak pernah memerhati Amir meskipun ramai pelajar perempuan yang berebutkan Amir. Kini baru dia tahu mengapa Fasha yang dahulunya angaukan Imran sampai beralih arah kepada Amir pula.
                                                                                 
Amanda segera kembali ke realiti. Dia sedaya upaya cuba mengukir senyum. “Erm.. hai.” Tangan Amanda ditarik semula. Dia segera menoleh ke tempat lain. Tan Sri Emran sudah berjalan bersama Datin Mona dan Dato’ Abdulah ke dalam villa.

“Cis, papa dengan Uncle Emran ni saja je tinggalkan aku dengan si bongok ni berdua. Mama pun sama. Mereka tak takut ke kalau si bongok tu culik aku pergi tempat lain?” Amanda bermonolog pula. Tangannya dicekak ke pingang seolah-olah sedang bertengkar dengan seseorang yang tidak kelihatan. Dia masih tidak berganjak.

“Erm.. cik Amanda, ‘si bongok’ tu masih ada di sini ye. Dan ‘si bongok’ tu langsung tak berminat dengan cik Amanda yang bongkak plus perasan cantik ni.” Tegur Amir tiba-tiba. Amanda terkejut. Sangkanya Amir sudah pergi mengikut ayahnya masuk ke dalam villa.

Amanda menjeling Amir yang berdiri di sebelah. “Whatever loser. Suka hati I lah nak perasan cantik ke, perasan hodoh ke. Ada I kacau hidup you? Hah si bongok !?” perli Amanda dengan geram. Amir tertawa sinis. Amanda berkerut lagi.

“Whatever loser tu sejak azali lagi memang trademark you ke, Amanda? Pilihlah trademark lain pula. Orang lain bosan dengar ayat yang sama dari mulut you.” Perli Amir pula. Dia lekas berjalan sendirian menuju ke dalam villa sambil tertawa lagi.

Amanda bertambah bengang. Harapkan muka Amir je hensem, tapi perangai..

“URGH !!"


                                                    

No comments:

Post a Comment