Blogger Layouts


Thursday, November 17, 2011

Bab 5





Bab 5
“Uncle, kenapa uncle suka sangat jogging kat sini ?” soal Amanda sambil berlari-lari anak di sebelah Tan Sri Emran. Datin Mona dan Dato’ Abdullah sedang melepaskan lelah di bangku yang tersedia di Taman Tasik Titiwangsa itu. Maklumlah, dah lama mereka tidak bersenam. Itu yang cepat sangat pancitnya. Hehehe..


Tan Sri Emran tersenyum mendengar pertanyaan gadis kesukaan anak terunanya, Amir. Beliau memandang sekilas ke arah Amanda. “Kalau Sya, kenapa agaknya Sya suka jogging sini ?”


Amanda tersengih. “Sebab Sya suka cuci mata tengok pemandangan kat sini. Tempat ni cantik.  Tapi lagi cantik kalau mamat celupar tu tak ade..” Amanda terbeliak memandang kelibat seorang pemuda yang berlari anak ke arah dia dan Tan Sri Emran. Amir.

Amir kelihatan segak mengenakan pakaian sukan pada tubuhnya yang tegap itu. Di bahu terjinjing beg sukan jenama Adidas milik Amir. Rambut Amir kelihatan kusut namun masih segak. Amir mencium tangan ayahnya. Tan Sri Emran menepuk belakang badan Amir. Amanda menjeling geram. ‘curik ayah nombor dua aku !’
Tiba-tiba Amir menghulur tangan untuk berjabat dengan Amanda. Amanda memandang wajah Amir yang tersenyum sinis, bersilih ganti dengan wajah Tan Sri Emran yang sedang memandangnya. Amanda jadi serba salah. ‘takpe. Aku buat baik dengan kau pun sebab ada ayah nombor dua aku kat sini. Huh !’

Dengan senyum kelat pada bibir nipis nya, Amanda terpaksa merelakan tangnnya dijabat oleh makhluk perosak bernama Amir di hadapan. Amanda menutup mata sambil bersalam, seolah takut sesuatu akan berlaku andai mereka berjabat tangan. Amir tertawa kecil namun masih dapat didengari Amanda.

“Amir, kamu baru habis main futsal ke ? Awal pulak habis ?” soal Tan Sri Emran seraya berkerut. Amir berjalan di antara Tan Sri Emran dan Amanda, memisahkan mereka berdua menyebabkan Amanda yang sememangnya allergic dengan Amir, bertambah meluat.
“A’ah ayah. Farid ada hal tiba-tiba tadi. Itu yang Amir habis awal tu. Lepas tu sengaja singgah sini kejap. Ayah kata tadi nak datang sini.” Jawab Amir pula. Amanda mencebik. ‘Patutnya kau berambus balik rumah, bukan mengganggu ketenteraman aku kat sini !’
“Ah ye, cik Amanda, adakah kedatangan saya ke sini telah mengganggu cik ?” soal Amir tiba-tiba berbaur perli. Dia mengangkat kening seraya menoleh melihat Amanda yang berjalan sedikit ke belakang daripadanya. Dia terkejut dengan kelakuan Amanda. Tan Sri Emran memandang Amanda yang sedang menjelir lidah di belakang Amir. Amanda tersentak. Dia lekas menggeleng. “Haa tak tak. Sila lah datang pada bila-bila masa..”

“Apa Sya buat tu.. Ya Allah budak ni..” tawa Tan Sri Emran meletus tatkala Amanda menepuk-nepuk mulutnya sendiri. “Haa tak tak, uncle. Lidah ni rasa macam ada gatal sikit tu yang Sya bagi dia kena angin sikit..” Amanda menahan merah di muka yang mulai membahang dek ditertawakan Tan Sri Emran dan Amir.
“Eleh yela tu Sya. Macam-macam hal betul. Tu mama dengan daddy Sya dah tunggu kita.” Tan Sri Emran menghabiskan sisa baki tawanya. Amir menarik tocang kuda Amanda dari belakang, geram dengan kelakuan gadis itu sebentar tadi. Amanda terasa rambutnya ditarik. Dia merenung Amir di sebelah.

“Kenapa you tarik rambut I !? Mentang-mentang rambut you tak panjang macam I kan.” bisik Amanda bengang. Dia segera menarik tocangnya ke depan bahu. Tanak bagi Amir usik lagi ! Virus okey !
“Sebab you dah jelir lidah kat I tadi. Now rasakan lah balasan daripada I.” Amir mendengus balik, melawan Amanda.
“Hey macam bebudak lah you ni nak balas balik. Dengan perempuan pun nak berkira.”

“Perempuan macam you ni tak boleh bagi muka sangat. And you kena sedar, you pun bebudak lagi okey ?  You dengan I tak ada beza umur pun.” Amanda kehabisan kata mendengar jawapan Amir itu.

“Urgh ! Mama !!!!” Amanda memanggil Datin Mona yang sudah tidak jauh daripada mereka bertiga. Dia memeluk wanita tua itu dari belakang. Tan Sri Emran dan Dato’ Abdullah tertawa melihat gelagat Amanda.

“Kenapa ni ? Malu lah, dah besar panjang pun nak manja-manja. Kan public ni sayang.” Datin Mona mengusap rambut Amanda. Amanda membatalkan niatnya untuk mengadu perbuatan Amir tadi. Bimbang kerana memang dia yang memulakan dahulu.

“Biarlah mama ni. Mama diam. Da lah mama rendah. Hehe..” Amanda menepuk-nepuk kepala Datin Mona.

“Ish budak ni. “ Datin Mona mencubit pinggang Amanda. Dato’ Abdullah dan Tan Sri Emran tertawa mendengar kata-kata Amanda tanpa tapisan itu.

Amir memerhati Amanda yang menjelir lidah lagi dari belakang Datin Mona. Hatinya tertawa dalam diam. Gadis di hadapannya itu benar-benar berjaya mencuri hatinya.

 ******************************************************************************


“Amir, kau buat ape kat meja Amanda ?” tegur Farid tatkala terpandangkan kelibat Amir yang sedang menulis sesuatu di atas meja Amanda. Mujur tika itu masih belum ramai pelajar yang tiba di kelas mereka.

Amir mengangkat muka. “Aku baca entah apa budak senior conteng kat meja ni dulu.. hehe.” Dia segera menyorokkan pensel di dalam kocek seraya berjalan kepada Farid. Amir melabuhkan punggung di sebelah jejaka berambut pacak itu.

“Ye ye je kau. Aku nampak la kau conteng meja dia. Kau conteng apa, Mir ?” tukas Farid lagi, mempertahankan diri. Amir menggeleng pantas. “Tak tak. Mana ada. Kau salah pandang ni. Orang kata kalau salah pandang maksudnya umur dah tak panjang ni, Farid.”

Farid menghadiahkan pandangan menikam tepat ke mata Amir. “Kata-kata orang mana yang kau dengar tu ? Amboi mulut kau tak makan saman JPJ ke apa ?”

“Aku tak suka makan saman. Ayah aku ajar aku makan nasi, makanan harian orang Melayu. Kalau aku malas masak nasi baru aku dengan ayah aku pergi makan kat restoran. “ jawab Amir dengan selamba. Tangannya dihayun seolah sedang berpidato.

Tawa Farid meletus. Amir masak nasi ? Itu kan kerja perempuan, mana sesuai dengan Amir yang.. err tampan, tegap, macho ni ? Farid tidak dapat membayangkan Amir, dengan memakai apron berwarna merah jambu, sedang memasak di dapur. Bagaimanakah ?

Amir memerhati Farid yang masih ketawa. Kemudian dia terpandang Amanda dan Anastasia yang baru tiba. Amanda kelihatan cantik hari ini seperti biasa. Rambutnya yang panjang dibiar lepas. Baju kurung moden sekolah yang dipakai lebih menyerlahkan susuk tubuh Amanda yang tinggi dan langsing, seakan model.

Tiba-tiba hati Amir terasa sayu merenung gadis itu. Sayu kerana gadis yang dipuja bukan miliknya. Sayu kerana Amanda tidak mengetahui isi hatinya selama ini. Kalau tahu pun, mahukah Amanda menerima ?

“Amir ! Kau asal termenung pula ni ? Tu kau tengok Anastasia dah datang. Kau tahu tak, hari tu dia mesej aku. Hehehe.” Kata Farid sambil mencuit tangan Amir yang berdiam diri dari tadi. Amir tersedar. Dia memandang pula kepada Anastasia yang leka berbual dengan Amanda.
“Dia dah tahu isi roket tu ?” Tanya Amir. Dia tumpang gembira mendengar perkembangan rakannya yang seorang itu meskipun dia masih belum berjaya menawan hati Amanda. Dia tahu, Farid telah menyimpan perasaan terhadap Anastasia semenjak mereka berkenalan lagi. Menurut Farid, dia terpikat dengan kelembutan Anastasia.

“Dia awek aku sekarang.” Beritahu Farid seraya tersengih-sengih. Amir terbeliak mendengar pengakuan Farid. Cepat sungguh perkembangan mereka !

“Cepat betul kau orang dah declare. Congrats, Farid !” ucap Amir gembira. Namun hatinya sedikit cemburu dengan Farid. Hai Farid.. untung lah kau dia nak kat kau juga..

Farid tersenyum gembira. Namun dia seolah memikirkan sesuatu. Farid memandang Amir lagi. “Lama aku tunggu dia, Amir. Dari form 3 kot aku minat dia. Tak sangka dia pun sama perasaan dengan aku, Amir. Aku betul-betul gembira, Amir. Cepat atau lambat, kalau dia jodoh aku, aku tetap akan menanti dia.” Farid memegang bahu Amir yang masih mendiamkan diri.

“Kau ingat kata-kata aku ni, Amir. Kalau kau ada hati kat mana-mana gadis, kalau dia jodoh kau, dia tetap kau yang punya walaupun jarak antara kau orang jauh.”

Amir terkedu mendengar ucapan Farid. Mendalam sungguh ayat lelaki itu. Seakan kena dengan situasinya. Amir terasa semangatnya kembali pulih untuk mendapatkan Amanda. Dia tersenyum memandang Farid.

‘Jangan kau risau. Aku tahu dia memang aku yang punya.’ Bisik Amir perlahan.

No comments:

Post a Comment