Bab 2
Amanda sedang leka menonton televisyen Plasma 33 inci di ruang tamu villanya. Ayahnya Dato’ Abdullah telah berlepas ke Jepun malam tadi. Minggu hadapan barulah beliau pulang. Mamanya Datin Mona telah keluar membeli barang bersama pembantu rumah. Puas dipujuk supaya Amanda mengikut sama, namun Amanda enggan kerana dia ingin berehat seketika.
Tiba-tiba Sony Ericcsson K770i kepunyaan Amanda berbunyi menandakan ada pemanggil dalam talian. Amanda segera memperlahankan volume televisyen dan menekan butang hijau pada keypad handphone.
“Hello, assalamualaikum? Ada apa, Ann?” Amanda bertanya setelah menjawab panggilan Anastasia.
“Sekarang ke? I malas lah, Ann..” kedengaran bait-bait perbualan Amanda. Dia mengerut dahi mendengar ajakan Anastasia untuk keluar berjalan di Times Square. Suara Anastasia membebel jelas terdengar dari speaker handphone.
“Yelah. Bagi I 20 minit untuk siap okey? You datang villa I dulu ke?” soal Amanda lagi. Kemudian dia mematikan talian. Amanda memandang jam di dinding. Tepat jam 11.00 pagi hari Sabtu. Amanda menutup televisyen dan berlalu ke dalam bilik.
Amanda mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari minggu itu. Setelah puas membelek dan memilih, akhirnya Amanda mengambil keputusan untuk memakai gaun labuh berenda berwarna putih bersama blaus berwarna merah jambu. Beg tangan Gucci berwarna coklat terang dipadankan bersama pakaian tersebut.
Amanda segera menukar pakaiannya. Dia mengoleskan sedikit mekap pada wajah supaya wajahnya yang cantik tidak kelihatan pucat. Kemudian, rambut perang Amanda disikat rapi dan disepit di kedua-dua belah bahagian rambut. Amanda mencapai dompet beserta beg tangan lalu berjalan turun ke tingkat bawah.
Setelah memastikan semua pintu dan tingkap berkunci, barulah Amanda menyarung wedges berwarna hitam kesayangannya. Amanda menanti kedatangan Anastasia dan pemandunya di hadapan rumah. Tidak lama kemudian, Anastasia tiba. Amanda masuk ke dalam kereta Honda Civic kepunyaan bapa Anastasia.
“You are gorgeous just like usual, Amanda.” Puji Anastasia sambil tersenyum memandang penampilan Amanda pada pagi itu. “Thank you, Ann. You pun cantik hari ni.” Balas Amanda sambil tersenyum manis.
Pak Cik Lan, pemandu Anastasia mulai memandu kereta ke pusat bandar. Amanda dan Anastasia dibiarkan berbual di bahagian tempat duduk belakang.
Kereta Honda Civic itu sudah hampir tiba di Jalan Hang Tuah. Terdapat banyak kenderaan yang menuju ke pusat bandar menyebabkan berlaku kesesakan seketika. Amanda menjenguk ke luar tingkap. Bangunan pusat beli belah Times Square sudah tidak jauh dari pandangannya. Amanda memandang Anastasia.
“Jom turun sini je. Lagipun Times Square dah tak jauh, Ann.” Ajak Amanda tiba-tiba. Anastasia memandang ke luar. Jalan Hang Tuah amat sesak tika itu. Lebih baik berjalan sebentar daripada terperap menunggu di dalam kereta.
“Pak Lan, Ann dengan Amanda turun sini je lah. Nanti Ann call Pak Lan bila dah nak balik nanti. Jom Amanda.” Anastasia berkata pula. Dia dan Amanda segera turun dari kereta setelah memastikan tiada kenderaan lain yang lalu. Mereka melintas untuk ke Times Square yang terletak sudah tidak jauh.
Apabila tiba di dalam Times Square, masing-masing menarik nafas lega setelah dapat menikmati udara segar penghawa dingin dalam kompleks beli belah itu. Amanda dan Anastasia berjalan menuju ke arah Café Starbuck.
“Chocolate Cream Chips tall size for me, and Cappucino Cream Chips for her.” Amanda memberi pesanan mereka kepada pelayan di kaunter café itu. Anastasia memandang Amanda sambil tersenyum.
“You always know my favourite, Amanda.” Kata Anastasia tiba-tiba. Amanda membalas senyuman Anastasia. “Well, don’t call me Amanda if I don’t even know my bestfriend’s favourite beverage.” Kata Amanda sambil tersengih.
Mereka mengambil tempat di suatu sudut yang redup. Amanda leka menikmati minuman kegemarannya. Dia memerhati suasana di sekeliling café itu. Anastasia sibuk berbalas mesej dengan telefon bimbitnya.
“Amanda, your ex-boyfriend message me again.. Fendi nak tahu you dekat mana sekarang.” Keluh Anastasia tiba-tiba. Amanda seakan allergic mendengar nama Fendi terus berhenti menghirup minuman.
“Ignore him, Ann. Tak guna layan lelaki mata keranjang macam tu.” Tukas Amanda keras. Dia benci dengan Fendi yang tidak habis-habis mengganggu kehidupannya meskipun sudah setahun mereka putus.
“I did. Tapi Fendi ni macam tak faham bahasa pula.” Adu Anastasia. Amanda tidak pedulikan kata-kata Anastasia. Dia terpandang sekumpulan lelaki berusia sebaya mereka yang baru masuk ke dalam café itu.
Amanda mengenali mereka dengan pantas. Dua orang dari mereka merupakan rakan sekelasnya, Farid dan Amir. Manakala dua orang lagi tidak dikenalinya.
Mereka berempat sedang memesan minuman mereka di kaunter manakala Farid dan Amir menghampiri meja tempat Amanda dan Anastasia duduk.
“Farid is coming here.” Beritahu Amanda. Anastasia menoleh. Farid melambai-lambai kepada mereka berdua. Anastasia melambai semula dan mempelawa mereka duduk bersama. “You don’t mind if I ask them to sit here?” Tanya Anastasia.
Amanda menggeleng. “Nope. Go ahead.” Balas Amanda. Dia menghirup minumannya lagi.
“Hai, tak sangka jumpa you berdua kat sini hari ni. Kami baru je sampai.” Sapa Farid seraya mengambil tempat di sebelah Anastasia. Amir duduk di sebelah Amanda yang masih berdiam.
“Siapa mamat yang dengan you tu?” Tanya Anastasia tiba-tiba. Farid menoleh memandang rakan-rakannya yang baru selesai memesan. Mereka kini ingin menyertai Farid dan Anastasia.
“Itu budak kelas sebelah kita. Mirza dengan Faid.” Jawab Farid. Dia memandang Amanda pula. “Amanda, you dengan Ann pun baru sampai?” soalnya.
Amanda memandang Farid pula. “Yes.. Ann ajak I keluar tadi.”
Amir masih mendiamkan diri di sebelah Amanda. Tidak mempedulikan gadis tersebut. Hati Amanda sedikit terusik. Belum pernah mana-mana lelaki yang duduk di sebelahnya yang langsung tidak menegur Amanda.
“Hai, Manda.. Bertuah kita hari ni, Id. Ratu sekolah kita ada sekali. Hehehe..” usik Mirza tiba-tiba. Dia duduk di hadapan Amanda. Amanda tidak mempedulikan kata-kata Mirza. Dia langsung tidak memandang Mirza di depan.
“Ann, jom tengok wayang.” Amanda tiba-tiba mengajak Anastasia pergi dari situ. Anastasia yang memahami sifat Amanda yang tidak suka diganggu lantas mengangguk.
Dia mencapai tas tangan dan berdiri. “Sorry, Farid, Amir. Kami still ada plan lepas ni. Next time kita hang out sama, okey? Bye.” Ucap Anastasia sambil memandang wajah Farid, meminta agar Farid memahami kata-katanya.
“No big deal. Have fun.” Farid tersenyum tanda menerima kata-kata Anastasia itu. Mereka berempat sekadar memerhati Amanda dan Anastasia berlalu pergi.
“Sombong betul Amanda tu. Menyampah aku tengok. Nasib baik muka cun, perangai tak cun.” Bebel Faid tiba-tiba. Mereka semua memandang Faid. “Kau lah, Mirza. Kenapa kau kacau dia tadi?” soal Farid.
“Alah aku saja usik..apa salah ke aku nak cuba bercakap dengan hot stuff ni?” Mirza mempertahankan dirinya. Amir tertawa mendengar kata-kata Mirza.
“Kau ni betul lah, Mirza. Amanda tu bukan macam perempuan lain yang suka perhatian lelaki macam kita ni. Dia mesti rimas kalau lelaki asyik kacau dia.” Farid menggeleng-geleng.
“Amir, kau tak ada tegur dia tadi? Kan kau duduk sebelah dia?” Tanya Faid pula. Amir mengangkat bahu. “Aku tak pedulik dia pun. Aku tak ada benda nak cakap kat dia so aku senyap je la.” Jawab Amir selamba.
“Kau bajet kool lah ni? Hahaha.” Usik Mirza. Mereka tertawa. “Tapi kau tahu tak, Ann pernah cerita kat aku dulu. Amanda pernah ada seorang ex-boyfriend dulu. Fendi namanya. Budak university pula tu. Anak orang kaya macam Amanda. High taste betul Amanda tu.” Cerita Farid tiba-tiba.
“Lelaki macam kita ni jangan mimpi lah nak dapat perempuan macam Amanda tu..” ucap Mirza pula. Amir termenung sejenak. Dia mendiamkan diri tatkala mendengar rakan-rakan lain berceloteh.
“Kenapa mereka putus?” Tanya Faid. Farid menghirup minumannya seketika, membasahkan tekak yang haus bercerita.
“Entah. Dengar cerita, Fendi ada perempuan lain. Tapi aku pun tak dapat nak percaya sangat. Fendi tu baik orangnya. Dia sepupu aku.” Beritahu Farid lagi. Mereka semua memandang Farid.
“Macam mana Fendi tu dapat ngorat si Amanda yang kepala angin tu? Hebat betul.” Tukas Faid lagi. Amir dan Mirza tertawa sinis mendengar kata-kata Faid. Faid mengeluh. “Apa yang aku cakap salah? Betul lah minah tu kepala angin. Jarang nak tengok dia senyum.”
Farid tersenyum, merasakan kata-kata Faid itu kelakar. “Dia okey lah, Id. Tapi dia macam pilih kawan sikit. Tapi dia dengan aku okey je. Tak sombong pun. Dia tak ramai kawan kat sekolah. Kau tengoklah, pelajar perempuan di sekolah kita je dah berapa ramai yang jealous dengan Amanda tu. Yang student lelaki pulak mata keranjang.”
Mereka semua terdiam mendengar ucapan Farid, memikirkan ada benarnya juga kata-kata Farid itu. Mereka dan para pelajar lain yang sering salah faham dengan sikap Amanda, tanpa menyedari punca Amanda bersikap dingin.
“Enough lah. Jom kita pergi main arked kejap lagi.” Amir tiba-tiba bersuara. Ajakannya itu disambut dengan sorakan yang lain.
Amir merebahkan tubuhnya ke atas katil bersaiz queen di dalam bilik bujangnya. Dia kepenatan setelah keluar seharian bersama rakan-rakan barunya. Amir merenung ke atas siling. Memikirkan kata-kata Farid mengenai Amanda pagi tadi. Amanda?
Ahh. Kenapa harus dia memikirkan gadis itu lagi? Gadis yang telah memalukan serta melukakan perasaan Amir 3 tahun lalu. Gadis jelita yang memandang rendah terhadap dirinya. Tatkala itu fikirannya menerawang mengingatkan kisah tentang bekas teman lelaki Amanda, Fendi.
Fendi? Bagaimanakah orangnya? Hebat sangatkah dia sampai Amanda yang dingin itu pun terpikat? Amir mulai membayangkan paras wajah orang bernama Fendi. Pasti tampan orangnya. Amir mengeluh.
“Amanda..” ucapnya tiba-tiba. Amir bingkas bangun dari katil dan berjalan ke arah almari kecil berwarna coklat. Pintu almari itu dibuka. Amir mencapai satu album gambar yang besar berwarna putih. Dia membawa album tersebut ke atas katil dan duduk.
Amir membuka album gambar itu dan menatap setiap gambar di dalamnya.Seorang budak perempuan sedang berbual bersama rakannya, berjalan bersama, tertidur di dalam kelas dan sebagainya. Amir tersenyum sendiri mengenangkan betapa bodohnya dia suatu ketika dahulu gara-gara seorang perempuan bernama Malsyia Amanda binti Dato’ Abdullah.
Amir masih ingat saat pertama kali dia terpikat dengan Amanda. Mereka sekelas sejak darjah 1 namun tidak pernah berbual atau bertegur sapa. Hingga pada suatu hari, Amanda telah menyelamatkan Amir yang sedang dibuli oleh samseng sekolah pada waktu dulu, Iskandar. Iskandar yang berbadan besar itu sering membuli Amir yang jauh lebih kecil.
Amanda yang kebetulan berada di tempat dia dibuli telah menyelamatkannya. Iskandar rupa-rupanya menaruh hati terhadap perempuan itu. Amanda mempergunakan kecantikannya untuk menyelamatkan Amir pada waktu itu. Oleh kerana itu, Iskandar memberi muka kepada Amanda dan melepaskan Amir.
Sejak hari itu Amir sering mengekori Amanda dan menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Dia sedar walaupun Amanda dingin dan sombong, namun di sebalik semua itu Amanda seorang yang baik. Kerana itu dia tidak menghiraukan kata-kata orang yang mengata Amanda.
Amir berbaring semula. Merindui Amanda dalam diam. Dalam 3 tahun mereka terpisah, tidak ada sekelumit perasaan pun yang hilang terhadap Amanda meskipun dia berada jauh di perantauan. Amir mengeluh lagi, memikirkan tiada kemungkinan Amanda akan membalas perasaannya walaupun kini dia bukan lagi loser seperti diperkatakan Amanda dahulu.
Amir sanggup mengambil kelas seni pertahanan diri di Australia dan bersenam di gymnasium untuk mendapatkan otot di tubuhnya. Amir sanggup berhempas pulas belajar siang malam supaya Amanda memandangnya apabila mereka bertemu kembali nanti. Dia sanggup meminta bapanya, Tan Sri Emran untuk menjalin hubungan baik dengan keuarga Amanda demi mengetahui perkembangan semasa gadis itu. Amir langsung tidak melayan gadis-gadis Australia yang ingin mendampingi. Semuanya demi Amanda.
Fikiran Amir sudah jauh menerawang. Tanpa menyedari bapanya sudah lama memerhati sikapnya dari tadi. Tan Sri Emran tersenyum memandang anak bujangnya itu. Beliau menghampiri Amir dan menepuk bahu pemuda itu. “Jauh termenung, Amir?” sapa beliau.
Amir tersentak. “Kus semangat ayah ni ! Kenapa ayah tak ketuk pintu dulu?” ngomel Amir sambil mengurut dada. Tan Sri Emran menggeleng-geleng. “Dah beribu kali ayah ketuk. Kamu je yang sibuk senyum seorang diri dari tadi sampai tak dengar. Ingat Amanda lagi lah tu.” Balas Tan Sri Emran. Beliau memandang wajah Amir, tak ubah seperti arwah isterinya. Amir menghela nafas. “Tak lah ayah. Amir teringat tadi Farid buat lawak. Hehe.” Amir cuba mempertahankan diri.
Namun Tan Sri Emran tahu isi hati sebenar Amir. Beliau bukan bodoh tidak dapat meneka perasaan orang muda yang angau. Tan Sri Emran menggeleng lagi. “Sudahlah tu, Amir. Ayah tahu apa yang kamu fikirkan. Tak payah berahsia dengan ayah. Ayah pun pernah muda macam kamu.”
Amir terdiam. Senyumannya hilang. Dia memandang wajah tua ayahnya. “Entahlah ayah. Amir takut dia tak terima Amir lagi.” Ucapnya dalam nada rendah. Tan Sri Emran tersenyum nipis.
“Kalau takut, jangan simpan perasaan lagi. Lupakan dia.” Cabar Tan Sri Emran. Amir mendiamkan diri lagi. Dia kelu, ada benarnya kata-kata ayahnya. Namun dia belum sedia untuk melupakan Amanda. Sudah terlalu lama dia mengabadikan gadis itu di dalam hati.
“Ayah nak pergi turun dulu. Kamu fikirlah pasal Amanda. Tapi ayah harap kamu takkan mengalah lepas semua yang kamu dah lakukan untuk dia.” Nasihat Tan Sri Emran sambil berdiri. Beliau menepuk-nepuk belakang badan Amir lalu beredar dari situ.
Amir mengangguk. Dia berfikir seketika. Senyuman sinis mulai terukir di wajahnya.
No comments:
Post a Comment