Blogger Layouts


Thursday, December 01, 2011

Bab 6

Bab 6




“Assalamualaikum, mak.” Sapa satu suara. Tangan kanan menghalakan telefon bimbit ke telinganya. Jaket kulit berwarna hitam yang dipakai diperkemaskan. Bagasinya sudah dikemas sejak malam tadi lagi. Selamat tinggal Universiti Teknologi Petronas. Kuala Lumpur, here I come !

“Waalaikumsalam. Fendi, dah nak gerak dah ?” jawab Datin Nurin. Kedengaran bunyi bising di hujung talian. Suara kanak-kanak bersukaria.

“Dah, mak. Fendi dah nak balik ni. Apa yang bunyi bising tu, mak ?” soal jejaka bernama Fendi itu. Dia tersenyum riang macam kanak-kanak Ribena. Lebar dan manis.

“Oh. Itu adik kesayangan kamu lah. Anis ni, sibuk dari pagi tadi nak tolong sediakan persiapan nak sambut kamu balik.” Jawab Datin Nurin. Ada nada gembira pada hujung kata-katanya. Fendi menggeleng.

“Mak ni. Buat susah payah je buat semua tu. Macam lah ada apa-apa event penting pun.”

“Siapa kata tak penting ? Fendi kan dah habis study, mesti lah nak celebrate. Fendi satu-satunya anak lelaki mak. Kalau tak habiskan duit untuk anak mak, nak habiskan untuk siapa lagi ?” bidas Datin Nurin pula. Fendi tertawa kecil. Nada suara ibunya yang seorang itu sudah bertukar merajuk. Macam budak kecil saja lagaknya.

“Yela mak. Buat lah apa mak nak buat.” Kata Fendi lagi.

“Amboi, itu perli namanya. Fendi, ni Anis nak cakap dengan kamu ni.” Datin Nurin menyerahkan telefon kepada anak perempuannya. Fendi menanti dengan sabar. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 11.00 pagi.

“Hello, abang. Abang kat mana tu ? Kenapa abang tak sampai lagi. Penat Anis tunggu abang tau tak. Abang cepat lah balik. Nak bawa abang jalan-jalan sini.” Mulut murai mulai bersuara. Fendi tertawa senang mendengar suara itu. Suara satu-satunya adik beradik yang dia punyai.

“Ye, Anis. Abang balik kejap lagi. Rumah bukan jauh sangat pun. Sabar lah tuan puteri.” Fendi menjawab pula. Anis ketawa mengekek di hujung talian.

“Cepat cepat tau. Anis ada berita hot pasal Kak Manda. Hihi. Tapi kena ada upah. Nanti tolong belikan Anis Mchicken tau ? Anis mengidam ni.”

Amanda ? Fendi jadi tak sabar ingin tahu. “Berita apa, Anis ? Anis beritahu sekarang, nanti balik abang belikan.”

“No no no. Tunggu kat rumah, okey ? Bubyee abang ku sayang, hehe” talian dimatikan. Fendi mengeluh geram. Anis suka mendera emosi dia ! Grrr !



“Sayang, you nak makan apa ? I pergi belikan.” Farid berkata dalam nada lembut. Dia merenung Anastasia yang duduk di sebelahnya. Manakala Amanda dan Amir di hadapan mereka dari tadi duduk berdiam diri.

“Hmm. I tak kisah pun, sayang. I makan apa je yang you belikan. Hihi.” Jawab Anastasia lembut. Dia dan Farid berbalas senyuman manis. Kemudian, Farid memandang Amir dan Amanda.

“Kau orang nak makan apa-apa tak ? Aku belanja kau orang bayar.”

Amanda mencebik. “Kalau macam tu baik you jangan tanya, Farid. Layan kawan I baik-baik pun dah cukup. You sure ke nak kita orang teman ni ?”

Amir mengangguk mengiyakan kata-kata Amanda. “Ha’ah. Farid, kau pasti ke tanak kami chow dulu ? Kacau daun saja nanti.”

Amanda merenung Amir dengan geram. Amir tidak mempedulikan renungan tajam Amanda sebaliknya menanti jawapan Farid dan Anastasia. Anastasia dan Farid berpandangan.

“Kenapa ? You nak balik dulu ke, Manda ?” Tanya Anastasia pula.

Amanda menggeleng. “No, I nak pergi jalan-jalan kejap. Lagipun I tanak la ganggu kau orang ni dating. Boleh ? Nanti dah nak balik, you call je I.”

Farid dan Anastasia berpandangan seketika. Kemudian, Farid bersuara. “Okeylah kalau macam tu. Tapi you tolong temankan Amir ni sekali eh ? Kau orang jalan lah dulu.”

Amanda terbeliak mendengar kata-kata Farid. Dia memandang Amir yang tersengih macam kerang tak mandi. “Hihihi…” hanya itu yang terkeluar dari bibir merah Amir.

“No. I tanak pergi dengan si bongok ni.” Amanda sudah berdiri dan ingin berlalu dari situ. Tanpa menunggu apa-apa jawapan daripada mereka, Amanda sudah beredar dari McDonald Times Square itu.

Farid, Amanda dan Amir berpandangan sesame sendiri. “Err, Amir, kenapa dia panggil you bongok ?” Anastasia bertanya memecahkan ketegangan sebentar tadi. Farid turut berkerut. Setahu dia, Amir dan Amanda tidak pernah bertegur sapa di dalam kelas mahupun sekolah. Ada sesuatukah yang mereka sembunyikan ?

Amir tertawa kecil. “Entah. Malas I nak tanya dia kenapa dia panggil I macam tu. Farid, aku chow dulu lah. Jangan nakal-nakal. Nanti mak marah. Heheh.” Amir bingkas bangun. Dia ingin segera mengekori langkah Amanda yang sudah menjauh.

Farid dan Anastasia tambah pelik. “Hmm yela, Amir. Aku tahu lah. Takkan aku nak nakal-nakal kat sini kot. Baik aku cari port lain. Kan sayang ? Hehe.” Farid tersengih memandang Anastasia.

“Ishh sayang ni. Ngada-ngada taw.” Anastasia pura-pura marah walhal dia tahu Farid sekadar bergurau. Amir tertawa melihat gelagat mereka berdua.

“Okey lah. Aku gerak dulu. Jumpa esok. Assalamualaikum.” Amir lekas beredar dari situ. Farid dan Anastasia memerhati Amir yang kelihatan tergopoh-gapah.

“Sayang, kenapa dengan kawan sayang tu ? Amanda pun pelik tadi. Macam ada apa-apa je.” Anastasia berkata dengan curiga.  Farid mengiyakan kata-kata teman wanitanya.

“Tu lah. Sayang pun tak tahu.”

Anastasia kembali merenung wajah Farid. Bibirnya dimuncungkan seinci. Kalah penyangkut baju.

“Kenapa sayang.. Kenapa buat mulut macam itik ni.. Tak comel lah sayang.. Alala..” Farid memegang pipi Anastasia dengan kedua tapak tangannya.

“Mana makanan sayang.. Sayang lapar..” Anastasia memegang perutnya yang sudah berbunyi. Farid 
tersengih. “Sorry, sayang. Lupa. Kejap ye sayang. Tunggu tau.” Farid sudah berdiri di sisi Anastasia.

Dia mula mengorak langkah ingin ke kaunter pesanan perlahan-lahan. Anastasia setia memerhati dari belakang. Tiba-tiba, Farid berhenti. Dia menoleh kepada Anastasia dan berpatah semula. Anastasia kehairanan. “Sayang ada lupa apa-apa ke ?”

Farid tersenyum manis. “Sayang lupa something.”

Sebuah ciuman singgah tepat ke dahi Anastasia. Anastasia terpegun seakan terkena renjatan elektrik. Farid tersenyum lagi memandang Anastasia yang masih menggumam.

“I love you..” ucapnya perlahan berbisik ke telinga gadis itu. Wajah Anastasia kemerahan menahan malu. Farid melemparkan senyuman lagi sebelum berlalu ke kaunter McDonald, meninggalkan Anastasia yang tersenyum sendiri.

2 comments: