Blogger Layouts


Saturday, October 29, 2011

Bab 1




Bab 1

“Amanda, ini..ini surat untuk awak..” Amir terketar-ketar tatkala kedua-dua belah tangannya menghulurkan sepucuk surat cinta berwarna merah jambu daripadanya khas buat budak perempuan berambut perang di hadapannya.

Amanda terpinga-pinga. Dia menjeling surat berbau harum tersebut.

“Surat daripada siapa? Sejak bila awak jadi posmen?” nada suaranya kedengaran jijik.

Amir kelu seketika. Dia mengesat peluh yang mulai turun di dahi, menyusun kata. “Saya bagi surat ni pada awak.” Ah, lega rasanya setelah melepaskan kata-kata yang tersimpan.

“Surat apa ni?” soal Amanda lagi. Dia memutar-mutar jari pada rambut nya yang panjang dan ikal mayang itu. Amir terkedu lagi.

“Awak bacalah dulu.”

Amanda merampas surat yang digenggam Amir. Matanya mengerling Amir yang kelihatan gugup. Tangan Amanda perlahan-lahan mengeluarkan sehelai kertas dari dalam sampul surat tersebut.

“Ke hadapan Malsyia Amanda, saya telah lama memendam perasaan terhadap awak. Saya selalu memperhatikan awak di sekolah. Awak seorang gadis yang cantik dan bijak. Saya sukakan gadis seperti awak. Sudikah awak berkawan dengan saya?” Amanda membaca surat  itu dengan sepenuh hati. Anastasia di sebelahnya tertahan-tahan ketawanya.

Amir tertunduk malu apabila Amanda membaca suratnya di hadapan orang ramai yang berada di kantin Sekolah Kebangsaan Damansara. Amanda tersenyum sinis memandang Amir.

Tanpa diduga, Amanda mengeronyokkan surat tersebut menjadi seakan ‘bola sampah’ dan berjalan menghampiri Amir.

“Whatever loser. Get lost.” Pantas sekali jawapan yang diterima Amir. Dia memandang surat yang telah menjadi bola jatuh ke atas lantai kantin yang kotor, sekotor kasut bola Amir di rumah.

“Ann, lets go. We should leave this dumb boy.” Ujar Amanda bersuara sinis. Anastasia tertawa mengejek Amir sambil mengatur langkah mengikuti Amanda dari belakang.

“Tunggu! Amanda, apa yang kurang kat saya?” Amir segera menghalang Amanda dari meneruskan perjalanan. Matanya mulai bergenang dengan air mata. Amanda memandang wajah Amir yang kecewa dengan wajah yang menjijikkan.

“Hello? Awak ingat layak ke awak yang..” tangan Amanda meliuk-lentok dari atas ke bawah menunjuk Amir.

“..hodoh, nerd, pendek ni dengan saya yang cantik, tinggi dan putih ni? Please okey? Awak pergi beli cermin banyak-banyak, lepas tu awak cermin diri awak sendiri puas-puas. Kalau tak ada duit, saya boleh bagi.” Balas Amanda tanpa mempedulikan perasaan Amir. Lantas dia berlalu pergi. Anastasia menjelir lidah ketika melintasi Amir.

Amir terpana mendengar kutukan tanpa tapisan oleh gadis yang dipujanya semenjak 2 tahun lalu. Dia mencangkung dan mengutip kembali surat yang dicampak oleh Amanda. Hatinya seakan disiat-siat sebentar tadi. Amir mendongak semula merenung Amanda yang makin menjauh. Bibirnya diketap rapat.

“Tunggu lah tak lama lagi..”.



3 tahun kemudian.

Amanda menempek compact powder Loreal Two Way Cake Foundation pada wajahnya yang memang licin mulus itu. Bedak tersebut diratakan dengan penuh hati-hati pada mukanya. Setelah itu, lip gloss Lip Sheer kepunyaannya dicalit pada bibir kecil Amanda.

Amanda menyikat  rambut panjangnya perlahan-lahan. Sesungguhnya rambut itu mahkota perempuan. Rambut Amanda dijaga rapi seakan menjaga anak kecil yang baru lahir. Amanda menyelit reben berwarna purple pada rambut ikal mayangnya.

Amanda memang dikenali sebagai gadis paling cantik dan popular di Sekolah Menengah Sri Damansara. Kacukan darah Amerika-Malaysia yang dimiliki merupakan kelebihan dia dikurniakan wajah jelita. Amanda bukan sahaja memiliki pakej lengkap, tinggi, kaya, memiliki wajah jelita tetapi juga bijak dalam akademik. Amanda tidak pernah mendapat kedudukan bawah dari nombor 1 di sekolah. Seringkali dia menerima lamaran jejaka-jejaka untuk menjadi teman istimewa namun Amanda tidak melayan.

“PIN ! PIN !” kedengaran hon kereta Toyota Alphard kepunyaan Dato’ Abdullah dari garaj villa mewah itu. Amanda memandang dari tingkap. Ayahnya sudah memanggil-manggil dari dalam kereta.

“Yes dad! I’m coming down right now!” Amanda berteriak dari tingkap biliknya di tingkat 2. Dia segera mencapai beg sekolah jenama Louis Vuitton yang baru dibeli di Paris minggu lepas. Stokin sekolah sudah disarung. Amanda menuruni tangga dengan hati-hati.

“Nak pergi dah, sayang ? Tak nak breakfast dulu?” tegur Datin Mona tatkala terpandangkan anak gadisnya yang sedang menyarung kasut sekolah.

“Dah lambat ni mama. Sya breakfast kat sekolah je lah. Gudbye mom.” Amanda mencium tangan ibunya terlebih dahulu. Dato’ Abdullah memerhati dari jauh. Amanda sedar ayahnya sudah jenuh menanti. Dia segera berlari ke dalam kereta.

“Sorry dad.” Ucap Amanda manis. Dia tersengih memandang Dato’Abdullah.

“You always late, dear. No more sorry after this.” Dato’ Abdulah mencolek hidung mancung Amanda yang diwarisi daripadanya. Dato’ Abdullah merupakan mualaf dari Amerika. Beliau telah berkenalan dengan Datin Mona ketika mereka menuntut di Universiti Oxford dahulu.

“Papa, minggu ni papa pergi Jepun lagi?” Tanya Amanda tiba-tiba. Dia membetulkan ikatan reben di rambut.

Dato’ Abdullah menarik nafas sejenak. “I’m not sure yet, dear. Tan Sri Emran asked me to meet the client. You know that his son just got back from Australia?”

Amanda tercengang. “Tan Sri Emran has a son? I never know about that. By the way, why don’t he further his study at Australia? Why bother himself to come over here?” Amanda bertanya lagi. Dia memandang ayahnya yang sedang memandu.

“He said he is ready for something what is so important to him. I don’t know. But Tan Sri looks happy he’s come back. Tan Sri planning  to transfer his son to the same school as yours.” Ujar Dato’ Abdullah.

Amanda tidak mempedulikan kata-kata ayahnya. Lelaki? Huh ! Tak pernah wujud lelaki selain ayahnya dan Tan Sri Emran dalam hidup Amanda. Tan Sri Emran umpama ayah kedua bagi Amanda. Tetapi beliau mempunyai anak lelaki? Amanda tak pernah tahu pun. Amanda tak ingin tahu pun kehadiran lelaki asing itu. Dato’ Abdullah suka mengenenkan dia dengan mana-mana lelaki yang mendekati Amanda.

“Whatever dad. You know I’m not into boys.”

“Well maybe you will like this one. I heard he is hot.” Usik Dato’ Abdullah. Amanda mencubit lengan ayahnya.

“Stop it dad. Tak habis-habis nak kenakan Sya dengan entah mana lelaki. Sya tak minat lah papa.” Amanda mencebik. Dato’ Abdullah tertawa. Beliau sedar Amanda segan diusik sedemikian rupa.

“Well Sya akan kahwin juga bila dah habis belajar.” Sahut Dato’ Abdullah. Beliau memarkir kereta di hadapan sekolah Amanda. Amanda tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih. Dia mencium tangan Dato’ Abdullah. “Take care,dad.” Ucapnya sebelum pergi.


“Fewit ! Awek cun !” Amanda tidak mempedulikan usikan pelajar-pelajar nakal yang berjalan melintasinya. Anastasia di sebelah mencebik. “Gatal punya mamat.”

“Amanda, you nak makan ke tak?” soal Anastasia setelah mereka tiba di kantin sekolah. Amanda menjenguk-jenguk makanan yang terhidang . Semuanya nampak menyelerakan. Gulai udang, ikan masak merah serta bermacam lagi jenis lauk.

“Nanti lah. I tak lapar lagi. You makan lah, I teman. I pergi duduk dulu okey?” ucap Amanda setelah memeriksa tahap kelaparan perutnya. Tiada bunyi yang datang dari dalam perut, bermakna dia tidak lapar. Anastasia mengangguk.

Amanda berjalan perlahan ke arah meja yang sejak azali lagi menjadi tempat rasmi dia dan Anastasia. Anastasia merupakan satu-satunya sahabat baik yang boleh dipercayai Amanda. Kelebihan yang dimiliki Amanda menjadikan dia dicemburui para pelajar perempuan di sekolah tersebut.

“BAM !” Amanda tersedar sejenak. Dia hampir terjatuh ke atas lantai. Amanda mengangkat wajahnya, memandang gerangan yang menolak tubuhnya sebentar tadi. Kelihatan Fasha dan rakan-rakannya yang kejam. Fasha tersengih-sengih memandang  baju Amanda yang sudah kotor terkena air kotak kepunyaan Nana.

“Ops, sorry dear. I tak nampak you lalu tadi. You okey?” Fasha berpura-pura baik. Dia memandang Amanda dengan wajah benci. “ Are you blind or what?” perli Amanda pula. Dia sedar Fasha serta konco-konconya sengaja memulakan api pertengkaran mereka pada hari itu. Fasha sering mencari pasal dengan Amanda, mencemburui kecantikan yang dimiliki Amanda.

Wajah Fasha bertukar kelat mendengar kata-kata Amanda. “ Eh, jangan kurang ajar okey? You ni kan..”

“Whatever loser.” Amanda menunjukkan telapak tangannya ke muka Fasha, menandakan dia malas hendak melayan kerenah Fasha yang saban hari makin menjengkelkan. Anastasia datang tiba-tiba. “What happened?” soalnya pelik.

“Just a girl wasting my time. Jom Ann.” Ucap Amanda seraya menjeling wajah Fasha yang merah padam dimalukan semula oleh Amanda. Semua pelajar yang berada di kantin memandang Fasha serta Amanda.

“You punya uniform ni apa kes?” Tanya Anastasia lagi. Dia memandang Nana dan Fasha yang tercegat di tepi mereka.

Amanda memerhati bajunya yang sudah kuning ditimpa air kotak Nana. “Don’t worry. Baju I ni murah je kalau nak banding dengan perempuan perengus macam mereka tu” perli Amanda lagi.

Fasha dan Nana semakin bengang dengan sikap Amanda. Mereka sekadar memerhati Amanda dan Anastasia yang berlalu pergi.

“Sial betul that bitch ! Aku dapat memang aku hentam kepala dia kat dinding. Berlagak sangat !” Fasha melepaskan geram di hati. Nana mengangguk-angguk.

“Lah. Yang kau nak marah kenapa minah? Bukan kau ke yang cari pasal dulu?” sahut seorang pelajar lelaki yang lalu di situ. Fasha memandang tuan punya suara tersebut. Senior mereka, Imran tersenyum sinis memandang Fasha dan Nana.

Fasha menekup mukanya. Oh my ! Lelaki pujaan aku nampak ke tadi !? Fasha menyumpah-nyumpah. Dia memerhati Imran yang sedang berjalan ke arah Amanda dan Anastasia. Hati Fasha semakin sakit.

“Hai Amanda.. Perlukan saputangan?” Imran menghulurkan sehelai saputangan kepada Amanda. Amanda memandang Imran yang baru tiba. Imran tersenyum sambil menarik kerusi di sebelah Amanda. Dia melabuhkan punggung.

Amanda tidak mempedulikan kehadiran lelaki itu. Dia menoleh ke tempat lain. Anastasia yang terhenti suapannya sebentar tadi kini meneruskan makan.

Imran terkedu apabila dia tidak dipedulikan Amanda. “Amanda tak makan ke?” Imran berusaha membuat Amanda bercakap dengannya.

“Ann, makan cepat sikit. Panas lah sini.”kata Amanda tiba-tiba. Imran terdiam apabila merasakan kata-kata Amanda itu ditujukan untuk dia.

“Okey.” Balas Anastasia pendek. Dia segera menghabiskan makanan yang masih berbaki. Amanda masih berdiam diri. Imran masih memikir ayat yang harus ditutur.

“I nak g cuci mulut kejap. you tunggu sini okey?” Anastasia mulai bangkit dari kerusi. Dia terus berjalan ke arah sinki. Amanda menyilang kakinya.

“Amanda, awak memang sombong ke?” soal Imran tiba-tiba. Amanda tersentak mendengar kata-kata Imran. Dia memandang wajah Imran buat pertama kali. Imran menundukkan wajah.

“So what’s your problem is?” soal Amanda acuh tak acuh. Imran terkedu. “Awak tak boleh ke layan orang lain baik sikit?” Tanya Imran dalam nada takut-takut.

Amanda menggeleng-geleng. “Awak nak ajar saya? Please lah. Perlu ke saya layan orang yang tak ikhlas macam awak?” perli Amanda pula. Imran terkesima.

“Saya ikhlas ke tak, mana awak tahu?”

“So kenapa awak datang tegur saya? Kalau saya ialah perempuan yang gemuk dan hodoh, awak akan tegur tak?” kata Amanda panas. Imran terdiam tak terkata. Wajahnya makin ditundukkan.

Amanda mendengus. Dia segera berdiri. Anastasia datang kepadanya. “Kalau nak nasihat orang pun, cermin diri tu dulu okey?” Amanda berkata lagi. Dia dan Anastasia melangkah meninggalkan Imran terpinga seorang diri.



“Hari ni kita nak belajar tentang kos lepas. Tolong keluarkan buku catatan kamu dan salin apa yang saya tulis pada papan putih.”kata Puan Faridah selaku guru subjek ekonomi kelas Tingkatan 4 Gemilang.

Para pelajar kelas itu mulai mengeluarkan buku nota masing-masing sambil mengeluh kerana terpaksa bersusah-payah memenatkan tangan untuk menulis. Ada yang masih leka berborak dengan rakan masing-masing mengenai perancangan selepas tamat waktu sekolah.

Amanda sudah mencapai pen biru kesayangannya. Dia mulai menyalin nota yang ditulis Puan Faridah. Anastasia di sebelah masih terkial-kial mencari buku. Amanda berhenti menulis dan memandang tingkah laku Anastasia.

“Kenapa dengan you?” soal Amanda, prihatin. Anastasia mengerut muka. “I rasa I tertinggal buku kat rumah la, Amanda. Test pad I dah habis.” Adu Anastasia.

Amanda lekas menghulurkan test pad kepada Anastasia. “You ni kan, I kan ada sebelah je. Kenapa tak minta je? Pakai I punya test pad ni.”

“Hihi.. I lupa lah Amanda. Thanks. Nasib baik you ada, penyelamat I.” usik Anastasia. Dia tersengih-sengih mengambil test pad dari tangan Amanda. “Macam-macam lah you ni Ann.” Amanda menggeleng-geleng. Dia menyambung menulis.

Tiba-tiba, Puan Faridah pergi ke luar kelas. Sesetengah pelajar berbisik seolah ada sesuatu yang terjadi. Anastasia turut berhenti menulis. Dia yang duduk di tepi tingkap segera menjenguk keluar.

Dari dalam kelas, kelihatan bayangan seorang lelaki tegap yang tinggi sedang berdiri dan berkata sesuatu pada Puan Faridah. Rambutnya yang berwarna kecoklatan disikat sedikit ‘messy’, menyerlahkan wajahnya yang tampan. Anastasia berfikir lagi. Dia tidak pernah melihat lelaki itu, mungkin pelajar baru yang akan masuk kelas mereka.

Anastasia serta-merta menyiku Amanda di sebelah sehingga gadis itu berhenti menulis. Amanda mengeluh apabila Anastasia mengganggu konsentrasinya lagi.

“Manda, kelas kita ada pelajar baru lah. Lelaki.” Bisik Anastasia tiba-tiba. Amanda mengerling ke luar tingkap. Benar, ada pelajar lelaki yang baru akan masuk ke kelas mereka.

“He’s damn gorgeous !” puji Anastasia. Dia tersengih-sengih memandang Amanda yang seolah tiada perasaan. Amanda mendiamkan diri. “You ni memang pantang nampak lelaki..”

Anastasia mencebik. “I did not. But this dude is totally super-hot. I just puji.” Ujarnya lagi. Dia memandang semula ke luar tingkap. Amanda tidak mempedulikan kata-kata Anastasia. Buang masa sahaja baginya.

Puan Faridah masuk semula ke dalam kelas bersama pelajar baru itu. Tumpuan semua pelajar terarah kepada lelaki itu. Ada pelajar perempuan yang berbisik nakal, memuji-muji ketampanan pelajar itu. Tak kurang juga yang lelaki mulai menyimpan cemburu.

“Minta perhatian kamu semua. Hari ini kelas kamu mendapat pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu.” Puan Faridah meminta pelajar baru itu bercakap.

Semua mata memandang pelajar yang baru tiba itu. Dia berdiri di hadapan keas dan memandang satu persatu wajah para pelajar kelas tersebut. “Assalamualaikum. Nama saya Muhd Amir. Panggil saya Amir sahaja. Selamat berkenalan.” Kata Amir dengan suaranya yang garau. Dia tersenyum manis memandang rakan-rakan barunya.

Puan Faridah tersenyum memandang Amir. “Kamu boleh duduk di tengah tu, Amir. Sebelah Farid tu.” Amir segera berjalan ke arah Farid yang duduk sebaris dengan Amanda. Farid tersenyum menyambut sahabat barunya itu.

“Welcome bro !” ucap Farid, mesra. Amir melabuhkan punggung di sebelah Farid. Amanda yang duduk berdekatan langsung tidak mempedulikan Amir yang baru tiba.

“Baiklah. Kita sambung topik kita yang tergendala tadi.” Puan Faridah menyambung kembali pelajarannya.



No comments:

Post a Comment